fbpx

Joy Revfa Selamat Bertunang Dengan Rakan Kongsi

Sekian lama solo selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 2017, usahawan Joy Revfa selamat mengikat tali pertunangan dengan rakan kongsi perniagaannya, di Shah Alam semalam.

Joy bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hatinya kepada umum apabila bertindak ‘menutup’ wajah tunang dan keluarganya. Difahamkan, Joy dan tunangnya, seorang jurulatih kecergasan itu akan diijabkabulkan tahun ini juga.

BACA: Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan, Tinggi Ilmu Agama

“Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya.

“Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi. Insya-Allah tahun ini juga,” katanya kepada BH Online.

Joy berkata dia mengenali tunangnya yang juga rakan kongsinya akhir tahun lalu dan jejaka itu memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkannya. Malah, tunangnya itu seorang yang menjaga solat dan menjaga hubungan dengan bukan muhrim.

“Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.

Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness. Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,” katanya.