Joy Revfa Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan, Tinggi Ilmu Agama
Sekian lama solo selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 2017, usahawan kosmetik, Joy Revfa mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata dia akan mendedahkan identiti jejaka itu pada hari pernikahan mereka. Namun, Joy berkata jejaka tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini dimana mereka sudah berpisah sejak tahun lalu,
BACA: Hafiz Hamidun Masih Elak Bertembung Dengan Joy Revfa
“Ya, memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti.
“Bukan apa, takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan.
“Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Joy berkata dia inginkan pasangan hidupnya selepas ini seorang yang berpengatahuan luas dalam dunia perniagaan serta tinggi ilmu agama agar dapat membimbingnya.
“Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami,” ujarnya.
Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.
- SUMBER
- mStar Online
yakinnya kamu…yang ngaku warak pun ceramah menghentam org dlm mcm puak2 dlm RK ni la…. huhu
Kat RK ni ada ke yang ngaku warak selain hjh kamariah? hahaha
Nk tnya fatwa dri hjh kamariah org cm sajad tu kalau balik haji kita nk panggil mrk hajah ke haji yer?!
Ashraf Muslim pun bijak berniaga ada production house, ladang, ladang kambing, landskap, berniaga beras, sambal2 tinggi ilmu agamanya tahun2 ke mekah bawa org free.
Tengok je bini2nya sanggup mencari duit biar pun terpaksa buat kerja lain. Mcm ini laki baru best.
bini serap ke tu? puji agak2 ler. bab pandai cari duit, no comment. tapi ilmu agama tinggi?.LOL..pandai jampi serapah bukan ilmu agama tinggi. geli bulu mata aku.
Aku bapuk tua … Tapi ada loceng … .Joy nak try boleh …