fbpx

Hafiz Hamidun Masih Elak Bertembung Dengan Joy Revfa

Meskipun sudah hampir dua tahun bercerai, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengakui masih ditanya soalan mengenai kegagalan rumah tangga yang lalu.

Bagaimanapun, Hafiz berkata dia tidak terasa hati dan beranggapan mereka hanya mengambil berat tentang dirinya.

BACA: Alami Tekanan Mental, Hafiz Hamidun Jumpa Pakar Jiwa

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia tidak lagi berhubung dengan Joy Refva selepas bercerai dan memilih untuk mengelak bertemu bekas isterinya. Katanya lagi, itu adalah keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

“Saya tidak bermusuhan dengan dia, tetapi sebolehnya saya akan cuba mengelak menghadiri majlis sama yang dihadirinya. Memandangkan ramai kawan-kawan kami datang daripada kelompok sama, saya lebih peka tentang hal tersebut.

“Saya rasa itu keputusan yang paling baik untuk kami dan juga tuan rumah yang menganjurkan majlis. Saya tidak mahu kerana kehadiran kami di tempat sama, orang lain pula yang terasa kekok.

“Jadi, kalau saya tahu Joy akan hadir ke majlis sama, saya akan menolak dengan baik. Setakat ini, rakan-rakan sangat memahami berkenaan isu tersebut,” katanya kepada Kosmo!

Kata Hafiz lagi, dia tiada masalah untuk bekas isterinya berkawan dengan rakan-rakannya kerana baginya itu adalah hak masing-masing untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.