Berdepan dengan pelbagai ujian alam rumah tangga, usahawan kosmetik Joy Revfa akui kagum dengan kekuatan dan ketabahan Bella Astillah. Joy turut menyifatkan Bella seorang isteri yang penyabar dan sifat pemaaf yang tinggi.

Joy berkata bukan mudah untuk berdepan dengan apa yang dilalui oleh Bella yang sudah berkali-kali hatinya dihancurkan tetapi tetap boleh memaafkan serta melupakan sikap suaminya, Aliff Aziz yang dahulu.

BACA: Hamil Anak Kedua, Bella Astillah Mengaku Berat Badan Kini 60 Kg

View this post on Instagram

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••• . . Kecil comel sgt orgnya & bicara pun lembut sgt masyallah. Sifat pemaaf nya sgt tebal.. Walau berkali2 “dihancurkan” hatinya, dia tetap memaafkan & melupakan sikap suaminya yg dulu. Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah swt tetap hadir utk bahagiakan pasangan ini malah di kurniakan cahaya mata kedua. Syukur, dlm diam mereka berdua tetap beristiqomah & berusaha utk mendalami ilmu agama. Doa kakjoy & kami semua sentiasa utk Bella, Aliff & keluarga. Amin ya rabb ?? . . Eyeshadow Palette yg cantik Bella pegang tu dari MERVE Cosmetics ? Best Seller sgt tau, jangan lupa dapatkan k! Sbb warna2 nya sgt cantikk! Dapatkan eyeshadow palette PRETTY DAILY ni di website : www.mervecosmetics.com.my

A post shared by My NEW IG ? IG LAMA KENA HACK (@joyrevfa) on

“Kagum dengan wanita seperti Bella Astilla,kecil comel je orangnya dan bicara pun lembut sangat, Masyallah! Sifat pemaafnya sangat tebal walaupun berkali-kali dihancurkan hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin mendedahkan pasangan itu juga dalam diam sedang mempelajari ilmu agama dalam usaha memulihkan kembali hubungan rumah tangga mereka.

Di akhir perkongsian itu, Joy turut mendoakan semoga urusan rumah tangga Bella dan Aliff kembali pulih dan semakin bahagia pada hari mendatang.

Pada April lalu Bella Astillah mendedahkan dia sudah pun rujuk semula dengan suaminya ketika dalam tempoh edah lagi dan sedang hamil anak kedua.