fbpx

Hamil Anak Kedua, Bella Astillah Mengaku Berat Badan Kini 60 Kg

Sekian lama netizen berteka teki tentang status hubungannya dengan Aliff Aziz, April lalu Bella Astillah mendedahkan dia sudah pun rujuk semula dengan suaminya ketika dalam tempoh edah lagi dan sedang hamil anak kedua.

Sering berkongsikan video dan foto terbarunya di Instagram, rata-rata netizen berkata wajah Bella semakin tembam. Malah, Bella juga mengakui berat badannya kini sudah mencecah 60 kilogram.

BACA: Pakai Baju Raya Besar, Bella Astillah Dituduh Malu Tunjuk Perut

Perkara itu diberitahu oleh Bella apabila ditanyakan oleh seorang peminat. Meskipun wajahnya kelihatan tembam, namun ramai yang memuji pelakon dan penyanyi itu masih cantik meskipun sedang sarat hamil.

Pada Mei tahun lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas Aliff beberapa kali kantoi curang dan menjadi bualan hangat industri hiburan tanah air.