fbpx

Joy Revfa Gembira Dapat Terawih Bersama Tunang, Bakal Mertua

Selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Z.A pada 14 Mac lalu, usahawan kosmetik, Joy Revfa meluahkan rasa gembira apabila dapat menunaikan solat terawih bersama tunang serta keluarga bakal mertua.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Joy meluahkan rasa syukur dapat melakukan ibadah tersebut bersama orang yang tersayang di kediaman keluarga tunangnya.

BACA: Joy Revfa Rancang Nikah Di Masjid Lepas Aidilfitri

https://www.instagram.com/p/B_7-5poFFq9/?utm_source=ig_embed

Sebelum ini, Joy berkata dia memilih untuk bernikah secara tertutup selepas Hari Raya Aidilfitri. Ujarnya dia merancang untuk langsungkan pernikahan di masjid namun bergantung pada keadaan ketika itu kerana bimbang dengan wabak COVID-19.

Hampir dua bulan mengikat tali pertunangan, wajah jejaka tersebut masih dirahsiakan kerana Joy bimbang tunangnya itu diganggu oleh pihak luar dan hanya akan mendedahkannya selepas mereka melangsungkan pernikahan.

Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.