fbpx

Joy Revfa Enggan Dedah Kekasih, Tak Nak ‘Pisang Berbuah Dua Kali’

Sudah hampir dua tahun bercerai dengan Hafiz Hamidun, usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun enggan mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata, dia tidak mahu berkongsikan idenditi kekasihnya kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

BACA: Da’i Syed Perjelas Hubungan Dengan Joy Revfa

“Memang benar saya sedang mengenal hati budi seseorang. Namun biarlah orang ramai berteka-teki mengenai identiti lelaki itu.

“Buat masa ini saya tak boleh kongsi lebih-lebih mengenai dia sebab saya pernah melalui pengalaman pahit dan tak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

“Kalau ada netizen teka lelaki itu seorang pelakon drama atau bukan, terpulang pada mereka,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsi cerita mengenai kekasihnya itu, Joy memberitahu kedua keluarga mereka sudah lama saling mengenali. Katanya lagi, dia dan kekasihnya itu juga pernah berkawan ketika kecil.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.