fbpx

Gambar: Di Sekitar Pernikahan Jovian Mandagie & Nina

Ketika ini bertempat di Istana Negara Lama, sedang berlangsung majlis pernikahan di antara pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie & pilihan hatinya, Nina Ismail Sabri. Berikut merupakan gambar yang di’kongsikan jurugambar rasmi mereka sepanjang majlis.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Nina iaitu Datuk Seri Ismail Sabri dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan.

Dengan hanya sekali lafaz, Jovian Mandagie sah bergelar suami kepada Nina.

Jovian juga menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan.

Tahniah kepada Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri yang telah pun selamat bergelar suami isteri. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.