fbpx

Jika anda masih tidak perasan akan logo rasmi BN Youth Music di’sebelah ini yang muncul sejak seminggu yang lalu, ini entri khas untuk anda yang belum tahu.

Rotikaya.com berbesar hati untuk bergelar rakan media online rasmi untuk festival muzik buat anak anak muda anjuran Pemuda BN ini dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda hadir.

BN Youth Music yang bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru di’kalangan remaja Malaysia akan mengadakan saringan semi final pada 3 Mac 2012.

Peringkat akhir akan di’adakan pada 4 Mac 2012 dengan menampilkan 12 orang peserta terpilih dari saringan separuh akhir dan acara kemuncak adalah kehadiran Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 

Bukan itu sahaja, beberapa program menarik telah di’atur sepanjang dua hari berlangsung’nya BN Youth Music ini termasuklah kemunculan artis & selebriti terkenal seperti Ning Baizura, 6ixth Sense, Tam Spider, Jason Lo, Awan Band, Zed Zaidi, Natasha Hudson & Carleed Khaza.

Jangan lupa, 3 & 4 Mac 2012 bermula jam 10.00 pagi sehingga lewat di The Curve, Mutiara Damansara. Jumpa anda semua di’sana, yeahh!