John Dihani Mohon Maaf, Mahu Bersemuka Dengan Shuib
Hari ini, pelawak Shuib Sepahtu akhirnya bersemuka dengan individu bernama Zulhairi yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah.
Bagaimanapun, Shuib memaafkan individu tersebut namun menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Instagram dikenali John Dihani.
BACA: Shuib Akhirnya Bersemuka, Maafkan Pemfitnah
Terbaru, individu berkenaan dilihat ada memuat naik kenyataan di Instagram memohon maaf secara terbuka kepada Shuib serta menyesal diatas tindakannya itu.
Individu menggunakan nama John Dihani itu juga turut mengakui kesilapannya kerana hantaran tersebut telah menyebabkan ramai pengguna Instagram lain bersetuju mengenai fitnah yang dilemparkan kepada Shuib dan arwah isteri, Siti Sarah.
Dalam pada itu,John dengan rendah hati turut menyatakan kesediaan berjumpa dengan Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Go Go Shuib. Netizen nowadays pun sangat melampau ye komen macam tak ada pedoman. Bukan main belakang keyboard ingat orang tak boleh cari ke.
Terus saman je. Melampau sangat dah tuduhan netizen tuh. Sikit2 aje takpe la ini berat sangat