fbpx

Johan & Ozlyn Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah buat Johan Raja Lawak dan juga isteri, Ozlynn kerana telah selamat menimang cahaya mata perempuan baru-baru ini. Perkara itu dikongsikan mereka melalui laman Instagram. Ternyata berita tersebut mengundang rasa gembira di kalangan pengikut setia pasangan ini.

BACA: Cara Johan Solat Pun Dikritik Ramai

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya. Dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama mcm mama dia. Raya ketiga dia tak mahu keluar so kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal,” antara kata-kata dikongsikan di laman tersebut.

Menurut Johan lagi, buat masa sekarang, dia bukanlah tidak mahu menerima kunjungan sebaliknya mahu memberikan ruang untuk isterinya itu berehat terlebih dahulu.

Apa pun, pastinya keluarga ini akan bertambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kelima ini. Selain itu, Zizan juga dilihat tenang bermain piano di sisi anaknya. Semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan. (rtky/s)