fbpx

Cara Johan Solat Pun Dikritik Ramai

Kewujudan media sosial sekarang, kelantangan orang ramai memberikan pendapat kadang kala mencabar kesabaran. Terbaru Johan Rajalawak berkongsi gambar sedang solat di rumah. Bagaimanapun keadaan sekeliling dan saiz sejadah menjadi persoalan.

BACA: Ozlynn Sahkan Hamil Anak Kelima

Bukan mahu mengambil gambar tersebut dari sudut positif, tetapi keadaan sekeliling tempat Johan beribadat pula menjadi bahan kecaman. Bukan itu sahaja, poster permain bola antarabangsa, Ronaldo yang berada di depan Johan ketika beliau solat juga dikritik ramai.

Jika lihat ruangan komen, ramai mempersoalkan keadaan bersepah di sekeliling Johan solat bagaikan tiada ruang yang lebih bersih. Tidak tahan dengan kritikan ramai, Johan bersuara membidas kritikan pedas orang ramai.

Selain itu ada juga yang bersetuju dengan kata-kata Johan dan isteri, selagi beribadat di dalam rumah dan keadaan sekeliling masih bersih tidak salah bersolat di situ. Ada juga nakal menyakat ‘haters’dengan bertanya jika sejadah kecil tidak sah ke solatnya?

Sebagai peminat cubalah gunakan sedikit kecerdikan yang dikurnikan Tuhan kepada anda sebelum menulis sesuatu komen. Kadang kala tindakn nak tunjuk pandai ni, kesudahannya diri sendiri yang nampak kurang cerdik. (rtky/w)