fbpx

Johan Dan Ayda Jebat Ungguli Anugerah MeleTOP ERA

Tahniah kepada Mohammad Yazid Lim, 30, atau lebih popular dengan panggilan Johan kerana berjaya membolot empat kategori di kemuncak Anugerah MeleTOP Era (AME 2015). Ternyata jenaka dan persona Johan masih lagi berbisa mengalahkan calon yang lain.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2015

Johan membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki) di tahun kedua AME semalam yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tersenarai sebagai antara kegemaran ramai bersama-sama dengan rakan selebriti lain seperti Amyra Rosli, Puteri Balqis dan juga Zul Ariffin, Ayda Jebat berjaya membolot anugerah Artis Baru Meletop dan juga dinobatkan sebagai artis Top Top MeleTOP AME 2015.

Anda boleh membaca senarai penuh pemenang AME 2015 untuk kesemua kategori di laman web rasmi mereka.

Kedua-dua mereka membawa pulang RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sementara itu pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan trofi. (rtky/syfq)