fbpx

Johan As’ari Elak Bersentuhan, Doakan Kebahagiaan Nabila Huda

Pemergian kali kedua Johan As’ari menunaikan umrah telah berjaya membuka hati beliau untuk berazam tidak lagi memeluk mana mana artis perempuan ketika berlakon bersama selepas ini.

Dahulu, Johan As’ari dikatakan sering bermain cinta di set penggambaran dengan setiap heroinnya ternyata kini tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi sedemikian.

Niat suci Johan ini terdetik selepas banyak peristiwa kurang enak berlaku kepada aktor berusia 26 tahun ini sepanjang bergelar anak seni.

Selepas menunaikan umrah bermula 26 Mac hingga 8 April, Johan As’ari mengakui banyak perubahan yang telah berlaku ke atas dirinya selain daripada azamnya dia masih belum ketinggalan di dalam menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Lebih tenang hidup bersendirian Johan sememangnya menginginkan seorang wanita yang menepati ciri-ciri wanita pilihan untuk dijadikan isteri.

Walaupun sebelum ini pasangan ini pernah dikhabarkan hangat bercinta namun ingatan Johan Asa’ari terhadap kawan baiknya, Nabila Huda tidak pernah luput apabila turut sama mendoakan kebahagiaan wanita tersebut bersama Nas-T.

Menurut Johan lagi, dia mengetahui percintaan Nabila pun menerusi Twitter dan ketika itu dia masih di sana.

“Kalau ada yang perasan kami ada juga bertanya khabar menerusi Twitter, saya dapat tahu dia sedang bercinta pun di internet, saya hormati pengakuan yang telah dibuat sendirinya olehnya”

“Apa yang penting, saya doakan kebahagiaan dia sekarang dan doakan jodoh yang baik untuknya,” ujar beliau.