Umum mengetahui, selain pelakon senior Ellie Suriaty, pelakon Johan As’ari antara selebriti yang memberikan sokongan penuh buat kepimpinan terdahulu, Datuk Seri Najib Razak.
Baru-baru ini, pelakon yang popular menerusi drama Juvana ini memuat naik fotonya yang tertera di keratan akhbar bersama bekas Perdana Menteri itu dan isteri, Datin Seri Romah Mansor di Instagram miliknya.
BACA: Kasihankan Najib, Johan Mohon Periksa Rumah Tun M
Menerusi posting tersebut, Johan memberitahu dia akan mengabadikan gambar tersebut serta turut meluahkan rasa bangga dan berterima kasih kepada Najib diatas jasa beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
Dalam masa sama, Johan turut mengucapkan terima kasih kepada Rosmah Mansor kerana beliau juga telah banyak berjasa kepada negara serta di atas sumbangannya terdahulu sebagai ‘First Lady ‘ Malaysia.
Seperti sudah dijangka, posting tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang mengecam pendapat peribadi pelakon ini dan ada juga yang memuji kesetiaannya kepada Najib.
Sebelum ini, Johan pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik status meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, Johan membuat permohonan maaf selepas dikecam teruk oleh netizen.