fbpx

Kasihankan Najib, Johan Mohon Periksa Rumah Tun M

Tidak dinafikan kerancakan pihak berkuasa ketika ini dalam menyiasat skandal kewangan yang melanda negara ternyata membuatkan semua orang mahu mengeluarkan pendapat sendiri. Lebih menarik lagi, perbezaan pendapat di laman sosial yang bebas ini sangat mudah untuk mencetuskan kemarahan.

BACA: Johan As’ari Akui Bosan Dan Penat Jadi Baik

Menjelaskan perkara tersebut kepada Sinar Harian Online, Johan As’ari mengakui kenyataan mengenai permohonan untuk memerika rumah Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dikongsikannya di laman Twitter adalah datang dari dirinya sendiri.

“Johan kasihan dengan DSN (Datuk Seri Najib) dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak,” jelasnya yang dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia turut menghormati Tun Dr. Mahathir.

“Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta,” katanya.

Gara-gara kenyataan tersebut, memang melentinglah warga laman sosial malah ada juga yang menyokong Johan. Apa pun, cara untuk meredakan kemarahan terbaik pastinya dengan menggunakan petikan ayat al-Quran yang dipetik dari Twitter Datuk Seri Najib sendiri. Tahniah! (rtky/s)