fbpx

Johan As’ari Hadiahkan al-Quran Buat Kekasih

Lama sudah tidak kedengaran Johan As’ari dikaitkan dengan mana-mana wanita, rupanya hatinya sedang berbunga sekarang dengan seorang pengusaha ladang ternak lembu, Dr Nazejulaiti Mahmud.

BACA: Johan As’ari Puji Isteri Bekas PM Banyak Jasa Pada Negara

Kongsi Nazejulaiti yang juga doktor falsafah dalam bidang ekonomi, di awal perkenalan Johan telah menghadiahkan senaskah al-Quran yang sama dengannya. Manakala sebelum tidur atau di pagi hari Johan akan membuat huraian selepas beliau membacanya.

“Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya al-Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya”

“Kami memiliki al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian,” katanya.

Selain itu, Johan juga memberitahu kedua belah keluarga merestui hubungan mereka berdua. Manis sungguh perkenalan pasangan ini, semoga ada pengakhiran baik buat mereka berdua ini. (rtky/w)