fbpx

Cerita Babak Rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Sejak beberapa hari lalu tular di laman Twitter sedutan video talk show menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang berkongsikan pengalaman mereka sepanjang bergelar pelakon.

Bagaimanapun, hangat diperkatakan apabila video mengenai pelakon Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama seorang pelakon wanita. Fauzi dipercayai menceritakan mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal dengan pelakon, Raja Farah.

BACA: 9 Hari Hilang, Anak Saudara Fauzi Nawawi Masih Belum Ditemui

Rata-rata netizen mempersoalkan pendedahan tersebut disifatkan tidak sopan serta bimbang jika perbualan berkenaan ditayangkan di kaca TV dan menjadi tontonan umum.

Dikecam hebat susulan video tersebut, Fauzi memuat naik video permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

“Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga,” katanya.

Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.

“Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak begitulah.

“Perompak, penjahat, perogol itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut dipotong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fauzi berkata prgoram tersebut sudah ditayangkan dua kali dan mengakui tidak tahu ianya ditularkan di Twitter semalam. Mengakui kesilapan dan ketelanjurannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memaklukan Raja Farah

“Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

“Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan,” katanya.

Terdahulu, menerusi Instagram Raja Farah dan suami memberi respon mengenai perkara itu. Suaminya menegaskan rakaman yang disiarkan itu tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.