fbpx

Joe Flizzow Nasihat Tak Perlu Malukan Orang Kalau Salah ‘Grammar’

Penyanyi rap, Joe Flizzow memberi nasihat kepada individu yang sering mengkritik tatabahasa orang lain terutamanya bahasa Inggeris, tidak perlu sampai memalukan mereka.

Menurut Joe, meskipun dia selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dalam kehidupan seharian, namun sering melakukan kesilapan tatabahasa dalam penulisan lirik lagu.

BACA: Joe Flizzow ‘Sound’ Artis & Hos, Isu Rogol Bukan Benda Lawak

“Kalau betul nak jadi ‘grammar Nazi’ (gemar mengkritik tatabahasa orang lain terutama bahasa Inggeris), janganlah memalukan orang.”

“Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang pernah bekerja sebagai penulis. Ibu saya akan selalu memperbetulkan kesalahan bahasa saya.

“Disebabkan saya selalu dengar lagu hip hop, kadang-kadang struktur bahasa dalam lagu yang saya tulis banyak silap. Ibu tegur tapi saya tak pernah rasa tersinggung,” katanya.

Dalam pada itu, Joe juga mempunyai pendekatan tersendiri untuk menegur sesiapa sahaja kenalannya yang melakukan kesalahan dalam bahasa Inggeris.

“Kadang-kadang staff saya buat kesilapan bahasa Inggeris, saya betulkan tapi ‘tarik tepi’ (tegur secara peribadi).

“Saya tegur sebab saya taknak mereka buat kesilapan yang sama. Kalau kesilapan itu dilakukan sekali atau dua kali dan terus dilakukan, tarik tepi dan betulkan,” katanya.