fbpx

Joe Flizzow Bakal Kahwin Tahun Depan

Nampaknya penyanyi rap terkenal yang juga pelopor muzik hip hop negara, Joe Flizzow akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya tahun depan.

Difahamkan Joe sudah merisik teman wanitanya yang dikenali sebagai Marini Ramlan. Menurut ibu Joe, Aishah Ali, anak sulungnya bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan kini sudah berada di tahap yang membanggakan.

BACA: Joe Flizzow Menang Anugerah Di MTV EMA 2018

“Kira-kira sebulan lepas, Joe telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara. Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya kepada Astro Awani.

Menurut ibu Joe lagi, tiada sebarang tarikh yang ditetapkan namun majlis perkahwinan anaknya bakal berlangsung awal tahun tahun depan.

Dalam pada itu, pasti ramai tertanya-tanya siapakah gadis yang berjaya mencuri hati Joe Flizzow iaitu Marini Ramlan. Difahamkan, gadis tersebut merupakan Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, gadis itu juga merupakan seorang pelukis.

Jika benar perkhabaran tersebut, tahniah kami ucapkan kepada Joe dan pasangan dan semoga segala persiapan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.