fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dikatakan berbalah susulan isu terpalit anak mereka, Marissa Dania.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norman seolah bersikap lepas tangan dengan isu anaknya itu. Namun, Norman meminta eminta kepada Abby tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum dan boleh menimbulkan banyak salah faham.

BACA: “Awak Memang Sangat Mengecewakan, Saya Penat Lama Menyimpan” – Abby Abadi

Sementara itu, komen seorang netizen mendapat perhatian Abby dimana individu itu menasihati pelakon itu agar menerima takdir kerana Allah sudah menulis perjalanan seseorang itu.

Namun, Abby membalas komen individu itu meminta agar tidak sewenangnya menyalahkan Allah kerana jodoh adalah takdir yang boleh dipilih dan hanya mati sahaja tidak boleh dipilih.

Terdahulu, Abby mengakui menyesal memberikan kenyataan kepada media apabila banyak media lain mengambil peluang untuk menulis perkara yang tidak baik tentang anaknya.