fbpx

Pelakon Abby Abadi mengakui menyesal memberikan kenyataan kepada media apabila banyak media lain mengambil peluang untuk menulis perkara yang tidak baik tentang anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Abby turut mendakwa bekas suaminya yang juga bapa kepada Marissa Dania iaitu Norman Hakim mengambil sikap lepas tangan dalam isu anaknya itu.

BACA: Abby Abadi Dakwa Norman Hakim Lepas Tangan Isu Marissa Dania

Menjawab menerusi komen, Norman berkata dia tidak pernah lepas tangan dalam isu Marissa berkahwin di Thailand dengan lelaki bernama Aslam.

Malah, Norman turut meminta kepada Abby tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum dan boleh menimbulkan banyak salah faham lagi jika banyak lagi ditulis di media sosial.

Komen Norman itu dibalas oleh Abby yang meluahkan rasa kecewa terhadap Norman kerana perkara melibatkan anaknya itu adalah isu besar dan selagi tidak selesai orang akan terus bercerita.

Dalam pada itu, Abby mendakwa dia sudah lama menyimpan rasa serta mengatakan tidak perlu berbaik pun tidak mengapa kerana tidak ada beza.