fbpx

“Jodoh Biar Lambat Yang Penting Benar”

Setiap insan pasti impikan kebahagiaan dan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat. Teman rapatnya baru saja mendirikan rumah tangga, Atikah Suhaimie sempat menitipkan ucapan penuh makna buat sahabatnya itu.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menerusi perkongsiannya itu, Atikah berkata biar lambat bertemu jodoh apa yang paling penting adalah menemui pasangan yang tepat.

BACA: “Nak Lelaki Perut Buncit Ke Dompet Buncit?”

“Jodoh tu biar lambat, yang penting, benar. Dan awak telah bertemu dengan suami yang sangat sempurna. Alhamdullilah, tahniah ‘bestfriend’,” tulisnya.

Dalam pada itu rata-rata peminatnya bersetuju dengan kata-kata pelakon itu serta mendoakan agar Atikah akan bertemu jodoh tidak lama lagi.

Terdahulu, Atikah pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac 2018 sebelum ikatan tersebut terlerai pada Mac 2019.