fbpx

“Nak Lelaki Perut Buncit Ke Dompet Buncit?”

Hatinya masih belum lagi dimiliki selepas episod putus tunang terdahulu, baru-baru ini tular apabila Atikah Suhaimie berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Atikah, dia menyukai lelaki berperut buncit dan idamkan lelaki yang mempunyai kewangan kukuh.

Kata Atikah lagi, dia tidak kisah berapa umur pasangannya itu kerana baginya usia tidak menunjukkan kematangan seseorang. Melihatkan ciri-ciri lelaki idealnya, ramai lelaki diluar sana beranggapan mereka mempunyai peluang cerah untuk memenangi hati Atikah.

BACA: Atikah Suhaimi Suka Lelaki Berperut Buncit

Bagaimanapun, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan pelakon itu memberi bayangan bahawa dia mahukan jejaka kaya sebagai pasangannya. Malah, netizen menyifatkan ciri-ciri tersebut merujuk kepada lelaki berstatus atau yang berpangkat.

 

Apa pun tak salah jika lelaki diluar sana mahu mencuba nasib untuk memenangi hati Atikah tetapi perlu diingatkan perlu mempunyai kewangan yang kukuh. Selamat mencuba!