fbpx

Jinbara Tampilkan Album Rakam Semula Lagu Lama ‘Kolaborasi Mental’

Kenapa muka mereka semua kemerahan? Kerana mereka semua tengah hangat bersemangat dengan album baru berjudul Kolaborasi Mental ini. Ini kisah benar. #AlasanMengarut

Jinbara semalam buat pertama kali mengadakan sidang akhbar sempena pelancaran album terbaru mereka yang menandakan mereka masih terus utuh dalam dunia muzik tempatan.

Kolaborasi Mental memaparkan sekali lagi usaha Jinbara memberikan nafas baru ke’dalam karya & lagu lama yang pernah suatu hari menjadi siualan dan kali ini Jinbara memilih lima buah lagu khas.

Dari lima buah lagu yang di’gubah khas untuk album ini, Jinbara memilih Milik Siapakah Gadis nyanyian asal Sudirman Hj. Arshad sebagai single pertama, kolaborasi bersama Fiq.

Selain daripada single pertama tersebut yang bakal memiliki video muzik sendiri pada 6 Julai 2012 ini, Jinbara turut merakamkan Mata Hitamku duet bersama Ramli Sarip, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Chinta (lagu baru) dan Hilang yang mendapat sentuhan kreatif & baru.

Bersempena dengan album baru yang sudah pun berada di pasaran ini, Jinbara akan mengadakan showcase khas untuk para peminat di Sixty3 Club, Hotel Sheraton Imperial pada 6 Julai 2012 ini dengan tiket persembahan hanya RM25 yang boleh di’dapati di pintu masuk.