Kalau anda mencari video Youtube baru untuk menjadi bahan tontonan anda di’hujung minggu ini, kami cadangkan video muzik terbaru daripada Jinbara & Fiq untuk lagu Milik Siapakah Gadis Ini.


Lagu asal Allyarham Sudirman Hj. Arshad ini menjadi pilihan untuk terbit sebagai single pertama Jinbara untuk album terbaru mereka, Kolaborasi Mental yang kini sudah pun berada di’pasaran.

Gandingan suara Tia (Jinbara) & Fiq memang menjanjikan dinamik yang berbeza daripada mana mana lagu duet yang pernah anda dengar sebelum ini. Lagu ini sedang berada dalam top 5¬†kebanyakan carta muzik tempatan sekaligus membuktikan lagu ini di’minati ramai.

Video muzik Milik Siapakah Gadis Ini merupakan terbitan Warner Music Malaysia dengan kerjasama produksi Rotikaya Entertainment dan di’arahkan oleh Khairul Hazwan. Enjoice!