fbpx

Jimmy Shanley Sah Bergelar Suami Sekali Lagi

Setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai duda, akhirnya pengacara dan pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz yang berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.

Manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Nurul Hisham yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor 6.20 petang. Turut hadir adalah ahli keluarga, sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis & selebriti tanah air.

BACA: Jimmy Shanley Lega Tamatkan Dakwaan Berkahwin Janda (ext.)

Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Barang-barang hantaran seperti jam tangan G-Shock dan tali pinggang Louis Vuitton, wangian Armani Mania, sepasang kasut Louis Vuitton, jubah, set kemeja Dolce & Gabana dan sirih junjung.

Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah buat pasangan mempelai ini & mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan buat Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah serta keluarga. Cantik anda berdua hari ini. Heh. (rtky/hfz)