“Jika Betul Saya Rempit, Sundal & Perampas, Mana Buktinya?”
Minggu lalu hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syazuwan Hassan selama 11 tahun berakhir apabila bekas teman lelakinya itu berlaku curang.
Menurut wanita yang menggunakan nama Adora itu mendakwa Syazuwan berpisah dengannya selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon, Wafariena Roslan.
BACA: Hubungan 11 Tahun Berakhir, Bekas Kekasih Dakwa Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena?
Tidak melatah dengan pendedahan wanita itu, Wafariena berkata dia sedikit pun tidak risau nama baiknya tercalar kerana tuduhan yang dilempatkan tidak benar sama sekali.
“Saya hanya mampu tertawa tatkala membaca pendedahannya dalam laman sosial. Apa yang membuatkan saya keliru, wanita itu menyatakan Syazuwan adalah bekas kekasihnya. Ini bermakna hubungan mereka sudah berakhir, jadi kenapa perlu melatah?
“Mungkin ketika membuat pendedahan, wanita itu sedang dirundung masalah. Jadi, dia cuba mencari seseorang untuk melampiaskan kemarahannya. Jujurnya, antara saya dan Syazuwan, tiada hubungan istimewa, sebaliknya kami rapat sebagai rakan dalam industri,” katanya kepada BH Online.
Jelas Wafariena lagi, hubungan akrabnya dengan Syazuwan di lokasi penggambaran bagi menghidupkan watak dalam drama Baby Tak Gila mungkin menyebabkan wanita itu salah sangka.
Wafariena turut mempersoalkan mengapa wanita itu tidak bersemuka sahaja dengannya serta meminta untuk mengemukakan bukti jika benar dia seorang perampas.
“Saya agak terkilan apabila Adora memberikan gelaran kurang enak kepada saya. Jika betul, saya rempit, sundal dan perampas seperti didakwa, mana buktinya?
“Wanita itu sendiri mengakui lega hubungan dengan Syazuwan sudah berakhir, jadi kenapa tidak ‘move on’, sebaliknya menuding kesalahan kepada saya. Sedangkan, saya tidak pernah kenal siapa Adora.
“Sejujurnya, saya tidak takut dengan pendedahannya. Selagi tidak buat salah, kenapa saya perlu takut? Cuma, mulut netizen tidak boleh ditutup. Jika betul saya mengganggu hubungannya dengan Syazuwan, kenapa tidak bersemuka atau paling tidak, menghantar mesej bertanyakan perkara yang sebenar?,” katanya.
Dalam pada itu, Wafariena berkata mungkin wanita itu tidak berada dalam industri serta tidak faham keakraban hero dan heroin drama hanya semata-mata mahu menghidupkan watak.
“Saya bukan hanya rapat dengan Syazuwan, ramai juga pelakon lain yang saya baik. Bukan Syazuwan sahaja pernah menjadi kekasih saya dalam drama, tetapi ramai lagi pelakon lain. Salah seorangnya, Azhan Rani sehingga penonton menyangka kami benar-benar bercinta.
“Saya bangga penonton menyangka saya dan Azhan bercinta kerana ia bermakna lakonan kami menjadi. Jadi, rasanya Adora tidak perlu melatah kerana keakraban saya dan bekas kekasihnya itu hanya untuk menghidupkan lakonan sahaja,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Who are yous?????????
Wafa, only close people knew what’s going on btw you 2. Jangan sampai betul2 kantoi. Just shut up already.
Hahaa..jgn mintak..nanti org korek sampai jumpa bukti..berapa ramai dah artis yg kantoi, memula x mengaku dan cakap besar…siap cakap nak saman bagai….last² buat Statement lain pulak…
Ada aku kisah. Hal tepi kain2 korang, sila PM tepi atau whatsapp grup korang bertiga. Aku stress ni x dpt jumpa org dan melancung. Nak kne tabah sbb dgn ujian covid ni.
Pompuan skg nk cari laki sng jer.. kena pandai sondolll..baru bole dpt hak org
Hepi anak rahman kena sack
Bitch who cares abt you??? Nextttttt
yang comment pun semua tkde nama sendiri ke, menyalak tapi taknak tunjuk siapa diri. bacul
Hati-hati, ramai artis yang nafi2 sekali kantoi.
bodoh la klau perempuan tbe2 nk tuduh kau mesti ade sebab…x kn dia nk malu sendri mesti dia ade bukti.. kang bile dh tunjuk..ckp sy difitnah pulak..
klau kau x salah baik kau saman jew..
BOOST YOUR INCOME NOW BY JOINING—– Malaysia’S finest, reliable
dating agency with good track records. We have a wonderful influential network of clients ranging from government officials, politicians, senators, executive, honorable s, oil barons, money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and we have very influential connected sugar mummies/daddies/gay and lesbian all over Malaysia. Be among the people to get our exclusive connections. We are the best reliable, efficient in our job, get the opportunity to meet them contact agent Mrs mira on her whats-app number +60146133100 now to get connected within 4 hours. We have sugar mummies all over Malaysia who are willing to lavish money on you, with gifts, cars, house and even contracts connections, and even assist you get a job,enter the entertainment industy and fashion industry, and also assist in getting loans, and financial assistance.what they need is sexual satisfaction and they pay for the services(whatsapp No: +60146133100) payment from RM4,000 TO RM10,000 PER-NIGHT NOTE:APPLICANT MUST BE ABOVE 18+ the only money i pay is the hookup form fee which is 850rm only immediately after payment for the hookup form fee which is 850rm i just got hookup immediately with my mummy ,Ipoh, Jb, Penang,Petaling Jaya,Kota bharu,Seremban,Kuching,Kota Kinabalu also Singapore and Brunei. To qualify, you must be romantic,
Whatsapp+60146133100 for your instant hookup