fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syazuwan Hassan selama 11 tahun berakhir apabila bekas teman lelakinya itu berlaku curang.

Menurut wanita yang menggunakan nama Adora itu mendakwa Syazuwan berpisah dengannya selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon, Wafariena.

BACA: Wafariena Akui Pernah Digoda Suami Orang

 

“Wow just wow. Perkara yang paling aku tak suka adalah apabila ditipu. Kamu kata selepas kita putus, tetapi ia tak benar. 11 tahun aku setia dengan kamu.

“Ia satu perbuatan yang teruk tetapi aku anggap cinta itu buta kan untuk kamu memilih seorang yang ‘rempit’. Trash deserve each other anyways..” tulisnya.

Dakwa wanita itu lagi, dia mengetahui mengenai hubungan Syazuqan dan Wafariena selepas lima bulan mereka berpisah.

“Firasat aku betul, perempuan itu sudah lama pasang target sebelum kami berpisah. Aku boleh hidu. Selepas 11 tahun, pengkhianatan yang aku terima. Tapi mujur tuhan selamatkan aku. Patutlah dia selalu mengendap Stories aku.

“Kepada perempuan perampas lelaki aku, ketahuilah kamu hanya tempat untuk dia rebound. Dia akan melakukan perkara yang sama. Semoga kalian mendapat karma,” katanya.

Difahamkan, Syazuwan dan Wafariena pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama berjudul Baby Tak Gila sekitar bulan Mac yang lalu.