fbpx

Umum mengetahui sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi  iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi penyondol rumah tangga wanita bernama Misya.

Terbaru, menerusi perkongsian di X, wanita itu dilihat ada berkongsikan video memaparkan bekas suaminya, Aslam cuba mengatakan kepada ahli keluarga Misya bahawa dia nekad untuk berubah.

BACA: “Siapa Yang Sumpah & Junjung Al-Quran Tu? Yang Pasti Bukan Pihak Kami” – Abby

Bagaimanapun lelaki itu berkata dia tidak berjaya selepas Marissa datang mengejarnya kembali dan mengakui itu adalah kelemahan dirinya.

https://twitter.com/umisyamazlan/status/1699988094274142386

“Sekarang ni Aslam nak main nama Allah pun tak boleh, semua tak percaya Aslam lagi dah, nak minta maaf pun dah tiada guna. Tapi apa yang Aslam boleh cakap, semua ni selepas semua terjadi tu Aslam memang bernekad nak berubah.

“1 bulan lebih macam tu dia datang balik kejar-kejar, Aslam tak boleh la itu kelemahan Aslam. Aslam tak boleh nak lawan kelemahan sendiri,” katanya.

Sebelum ini tular perkongsian Misya di X mendakwa anak kepada kedua pelakon itu menjadi punca rumah tangga musnah. Malah, turut dikongsikan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.