fbpx

“Jika Ada Masalah, Jangan Jadi Mangsa & Jangan Buang Orang”

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang kini berdepan kesempitan hidup bersama ibunya, sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan bagi menyara kehidupan.

Susulan itu, rata-rata netizen tertanya-tanya dimanakah rakan-rakan artis, adakah mereka tidak menghulurkan bantuan. Malah pelakon cilik itu juga memberitahu tiada siapa yang membantunya apabila ditimpa kesusahan termasuk rakan-rakan artis.

BACA: “Terima Sumbangan Lebih RM100k, Puteri Balqis Bakal Bersekolah”

Bagaimanapun, menerusi Instagram Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dia dan rakan artis lain pernah mengadakan jualan amal, menjual barangan terpakai untuk mengutip derma bagi membantu meringankan beban Puteri Balqis.

Menurut Sakinah, ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dia seronok menjual barangan pengarah, Michael Ang sehingga terbaring di kaki lima.

Menerusi entri itu, Sakinah turut memberikan nasihat kepada Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah. Sakinah turut berpesan supaya jangan jadikan masalah itu sebagai penghalang untuk diri kita melakukan sesuatu.

Difahamkan selain Sakinah, pelakon Nabila Huda, Jihan Muse dan Sherry Al-Hadad antara selebriti yang turut serta dalam acara amal itu pada dua tahun lalu.

Terdahulu, Nabila pernah memberitahu mereka berjaya mengumpul sebanyak RM2500 menerusi jualan amal tersebut dan telah menyerahkan wang berkenaan kepada Puteri Balqis secara berperingkat.