Pelakon Norman Hakim memuat naik hantaran menitipkan doa agar hatinya sentiasa bersyukur dan semakin tunduk walaupun diberikan kesenangan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman turut mendoakan agar jiwanya sentiasa merasakan segala nikmat yang dimilikinya hanya pinjaman.
BACA: “Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni”
“Jika hari ini Engkau melapangkan rezekiku, maka jangan Engkau lapangkan hatiku dengan kesombongan. Jika Engkau meninggikan darjatku, maka jadikan aku semakin tunduk dan sujud kepadaMu.
“Jangan biarkan nikmat yang Engkau beri menjadi asbab aku lupa kepadaMu. Jangan jadikan kekayaan sebagai hijab yang menjauhkan aku daripada rahmatMu.
“Kurniakanlah kepadaku hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir dan jiwa yang sentiasa merasakan bahawa semua yang aku miliki hanyalah pinjaman daripadaMu,” tulisnya.
Sementara itu, Norman turut memohon agar dijauhkan daripada sifat riak serta keluargaya dilindungi daripada hasad dengki serta iri hati.
“Ya Allah..peliharalah kami daripada sifat riak, ujub, takabbur dan cinta kepada pujian manusia. Ajarkan kami untuk lebih takut kehilangan redaMu daripada kehilangan seluruh harta dunia,” tullisnya.
Dalam pada itu, Norman turut berdoa seandainya ada yang memfitnah atau menzalimi mereka, dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Ya Allah..jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran, janganlah Engkau jadikan hati kami dipenuhi kebencian.
“Sebaliknya, jadikan semua itu sebagai penghapus dosa, pengangkat darjat dan sebab Engkau membuka pintu-pintu rezeki yang tidak pernah kami sangka.
“Ya Allah..kepadaMu kami serahkan urusan setiap insan yang menjadi pencetus, penyebar dan penyambung fitnah terhadap kami. Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati dan apa yang dizahirkan oleh lisan,” tulisnya.