fbpx

Jijik Dengan Lawak Hina Agama, Afdlin Shauki Sokong Kelab Komedi Ditutup

Pasti ramai tahu sejak beberapa hari lalu, pelawak Datuk Afdlin Shauki dikecam susulan pendiriannya tidak bersetuju dengan penutupan sementara sebuah kelab komedi.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru, Afdlin sekerasnya mengecam perbuatan menghima agama di pentas lawak. Afdlin berkata meskipun hanya segelintir berbuat demikian namun dia akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong Crackhouse Comedy Club.

BACA: “Saya Tiada Share Satu Sen Pun Dalam Kelab Itu” – Afdlin Shauki

“Saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak. Walaupun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

“Perbuatan-perbuatan seperti di atas yang di banggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club!” katanya.

Jelasnya lagi, sokongannya sebelum ini hanya untuk mempertahankan periuk nasi pelawak-pelawak yang berkualiti.

“Walaupun sokongan saya sebelum ni hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakkan nya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa.

“Sekarang ni nasihat saya pada pelawak-pelawak stendap cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki pasal benda ni takkan settel awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka di sabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut mendoakan buat pelawak-pelawak yang terkesan supaya dimurahkan rezeki serta sekali lagi menegaskan dia tidak menyokong agar kelab komedi itu terus dibuka.

“Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah.

“Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini, informasi ni membuat abg tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus di buka. Sekian,” tulisnya.