fbpx

Jihan Muse, Suami Selamat Sambut Bayi Lelaki

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, pihak pengurusan Jihan Muse telah mengumumkan yang pengacara popular itu sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz selamat menimang cahayamata pertama mereka itu sekitar jam 10.15 malam tadi.

BACA: Jihan Muse, Suami Umum Bakal Timang Bayi Lelaki

“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga,” ujar pihak pengurusan mereka.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Tahniah kami ucapkan buat Jihan Muse dan Ungku Hariz sekeluarga, semoga kelahiran anak sulung ini akan memeriahkan lagi keluarga kecil mereka. Tidak sabar mahu tengok wajah baby Jihan Muse dan suami. (rtky/m)