fbpx

Jihan Muse Kini Hamil 4 Bulan

Tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan juga pelakon Jihan Muse kerana kini sedang hamil empat bulan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Jihan sendiri ketika dalam rancangan MeleTOP baru baru ini malah penonton yang ada juga turut bersorak ketika Jihan menyatakan perkara tersebut.

BACA: Jihan Muse Tidak Tertekan Soal Zuriat

Ternyata khabar gembira ini membuatkan peminatnya turut gembira dengan kehadiran cahaya mata tersebut. Sementara itu dalam perbualan ringkas Jihan bersama pengacara rancangan tersebut iaitu Nabil Ahmad, kehadiran cahaya matanya itu sebenarnya adalah ketika berada di Perancis.

Sebelum ini, Jihan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tertekan soal zuriat malah pihak keluarga juga tidak pernah bertanyakan perkara tersebut kepadanya.

Selain tidak merancang, mereka dalam masa yang sama sememangnya sudah bersedia dengan kehadiran insan baru dalam keluarga. Apa pun, semoga Jihan sentiasa menjaga kesihatan dan juga keselamatan diri. (rtky/s)