fbpx

Jihan Muse Jawab Isu Tak Bertudung Dalam Iklan

Menyedari kritikan netizen mengenai penampilannya yang tidak bertudung di sebuah iklan, Jihan Muse menjelaskan pada ketika iklan itu dijalankan pada tahun lalu beliau masih belum berhijab sepenuhnya.

BACA: Jihan Muse Enggan Komen Isu Sindir Aishah & DSV

“Iklan myfreeview tu shoot masa mengandungkan Arsalan tiga bulan. Tengah mabuk teruk sampai baring dan muntah masa shoot. Tapi tak taulah kenapa baru sekarang keluarnya. Jawapan untuk soalan, dia ni bukan dah pakau tudung ke?”

Sebelum ini keputusan Jihan untuk berhijab sejak Febuari lalu mendapat respon baik dari peminat. Malah kata Jihan, sejak memakai tudung, masanya untuk bersiap lebih cepat kerana tidak perlu memikirkan untuk membuat rambut.

“Sejujurnya apabila berhijab lebih senang nak bersiap, tak ada nak pening fikir nak buat rambut. Kalau hari biasa pakai tudung bawal sahaja. Jika waktu berkerja pengurusan saya akan bagi cadangan gaya yang sesuai,” jelasnya.

Memang makin cantik dan ayu Jihan sejak mengenakan hijab. Peminat pun ramai memuji kecantikan Jihan dengan gaya tudung yang disarungnya makin bergaya dan lebih menutup aurat dengan baik. (rtky/w)