fbpx

Aishah Sindir Jihan Muse Di Instagram?

Kemelut diantara Aishah dan usahawan, Datuk Seri Vida akhirnya telah menemui jalan noktah. Namun kenyataan terbaru Aishah yang seakan menyindir pengacara, Jihan Muse menimbulkan persoalan ramai.

BACA: Aishah Tuntut DSV Bayar Harga Barang Kemas RM80,000

“Hidup sebagai anak seni satu kehidupan yang sepi sebenarnya, kerana masing-masing survive sendiri. Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidak adilan, yelah jaga periuk nasi lah katakan”

“Padahal, yang dipanggil pun mengikut cara undang-undang yang sebenar, tak boleh tidak kalau dah di subpoena. Tapi ada yang maki hamun ada yang lari hilangkan diri dari di ‘serve’ dgn subpoena. Siap komen kat IG, kesian rasa tersepit ‘antara gajah’ katanya”

“Ini undang-undanglah, untuk melindungi kita semua. Subpoena tak bererti terpalit, ianya satu cara undang-undang untuk memanggil saksi untuk mendapatkan keterangan dalam proses perbicaraan sesuatu kes”

“Perjuangan dibuat untuk anak seni juga tapi seperti dipandang sinis. Semalam mungkin dengar kita dah menang baru call, konon nak beri kerjasama? Hidup penuh lakonan. Pengalaman mengajar, siapa kawan siapa,” tulisnya.

Rata-rata di ruangan komen, netizen mula faham dan mengandaikan kenyataan Aishah berkait rapat dengan status yang pernah dimuat naik Jihan sebelum ini. Harapnya perselisihan ini dapat diselesaikan dengan baik. (rtky/w)