Selepas akaun media sosialnya digodam beberapa hari lalu, Jihan Muse akui tertekan dengan keadaan itu kerana baginya media sosial adalah antara portfolio penting bagi selebriti sepertinya. Bagaimana pun, beliau kini tampil dengan akaun baru, @ku.jihanmuse

BACA: Giliran Instagram Jihan Muse Pula Digodam


“Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya”

“Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tegasnya lagi beliau memohon kepada pihak tertentu yang sewenangnya menggunakan nama beliau supaya tidak terus menipu peminatnya demi kepentingan diri. Malah, beliau juga berharap orang ramai dapat mengambil langkah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya. (rkty/w)