“Jep, Shuib Tak Pernah Cerita Buruk Satu Sama Lain Depan Saya” 

Pelakon Ebby Yus berkata dia memilih untuk tidak campur tangan dalam kemelut membabitkan kedua-dua rakannya iaitu Jep Sepahtu dan Shuib.

Memetik mStar Online, Ebby berkat setiap kali bertemu Jep mahupun Shuib mereka tidk pernah cerita buruk satu sama lain.

BACA: Shuib Dah Baca Luahan Jep, Enggan Komen

“Susah nak cakap tentang perkara ini sebab apabila saya berjumpa dengan Shuib, dia tidak pernah bercerita buruk tentang Jep. Begitu juga apabila saya berjumpa dengan Jep, dia tidak pernah bercerita buruk tentang Shuib,” katanya.

Malah, Ebby berkata dia juga pernah terfikir benarkah kedua-dua rakannya itu bergaduh serta mengharap mereka berbaik semula jika berlaku perselisihan faham.

“Sebenarnya, perkara ini sudah lama saya dengar-dengar, tetapi saya cuba untuk tidak mengambil tahu sebab saya sayangkan mereka, kadang-kadang, saya terfikir juga, betulkah mereka ini bergaduh? Dahulu saya melihat mereka bertiga datang ke rumah saya. 

“Saya tidak pernah meluahkan perkara ini, sebenarnya doa saya sejak dahulu hingga hari ini sentiasa mengiringi mereka. Saya sentiasa berdoa agar, andai kata ada perbalahan antara mereka, mereka dapat berbaik semula,” katanya.

Sumber: mStar Online

×