fbpx

Sari Yanti Umum Hamil Enam Bulan

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama pelawak, Jep Sepahtu, pelakon kecil molek, Sari Yanti berkongsikan perkhabaran gembira mendedahkan dia kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu dikongsikannya di Instagram dimana Sari turut meluahkan rasa syukur di atas kehadiran cahaya mata keempat tidak lama lagi dan usia kandungannya kini mencecah enam bulan.

Menerusi entri itu, Sari turut mendaoakan agar perkahwinannya dan Jep dirahmati oleh Allah di dunia sehingga akhirat. Sari turut menitipkan ucapan romantis buat Jep dengan mengatakan rambut pendek atau panjang dia tetap menyayangi suaminya.

https://www.instagram.com/p/B8828kZnBi5/?utm_source=ig_embed

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun, kami sedang tunggu kehadiran ahli baru.. insyaallah.

“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya.

Sari Yanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara kini berusia 2 tahun.

Sari turut mempunyai dua cahaya mata lelaki pada perkahwinan sebelum ini iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.