fbpx

Jep Sepahtu, Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram beliau hari ini, Sari Yanti memuatnaik sekeping gambar menunjukkan Jep Sepahtu sedang melafazkan akad nikah.

Gambar terbaru ini mengesahkan desas desus yang pasangan ini merancang untuk mendirikan rumahtangga.

Jep Sepahtu dan Sari Yanti difahamkan bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal sekitar 11.50 pagi tadi yang diakadkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Dato’ Mohamad Nazari.

Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup dengan dihadiri keluarga & rakan terdekat sahaja. Pihak media yang hadir dilarang masuk ke dewan untuk membuat liputan.

Sedang dikemaskini…

Gambar Ihsan: Sinar FM, HLive, Project Two-Pi