fbpx

Jep Sepahtu, Sari Yanti Dedah Wajah Anak

Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Instagram hari ini, Jep Sepahtu telah mendedahkan buat pertama kalinya wajah anak beliau bersama Sari Yanti.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anak mereka yang diberi nama Dariya Inara seminggu selepas bayi itu lahir.

BACA: Sari Yanti, Jep Sepahtu Selamat Timang Cahaya Mata

Peminat teruja dengan berita gembira ini dan rata rata mereka suka melihat wajah anak Jep Sepahtu & Sari Yanti yang dilihat tersenyum manis dalam salah satu gambar yang dikirimkan buat tatapan semua.

Kami berharap dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak. (rtky/m)