fbpx

Jennifer Lopez Turun Kuala Lumpur Untuk Konsert Pertama Disember 2012

Yeah. Apa yang anda baca adalah benar belaka dan untuk pertama kali Jennifer Lopez akan menghiburkan para peminat beliau di Malaysia, Disember ini.

Penganjur Galaxy Group mengumumkan lewat malam tadi yang mereka bakal membawa penyanyi berprofil tinggi ini turun ke Malaysia sempena Dance Again World Tour.

Konsert ini akan mengambil tempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Disember 2012 dan jualan tiket akan bermula dari 8 September ini dengan diskaun 15% untuk ahli kad Visa.

Tiket ke konsert Jennifer Lopez Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 bermula dari RM168 sehingga RM628 dan boleh di'dapati melalui laman rasmi Galaxy Group.

zp8497586rq