fbpx

Jelajah Suria Akan Ke Pulau Pinang, Anda Bersedia?

Seperti yang telah dijanjikan, Jelajah Suria akan terus bertemu peminat di seluruh semenanjung Malaysia! Dan Sabtu ini, 22 September 2018 bermula jam 2 petang, rebut peluang untuk bertemu dua mata bersama kesemua penyampai Suria dan artis-artis popular di Mydin Bukit Mertajam.

Selepas merasai sendiri pengalaman yang menghiburkan bersama peminat dan artis jemputan di Jelajah Suria Ipoh dan Klang, tiga jejaka pujaan ramai dari Team Pagi Suria iaitu Fizi Ali, Issey dan Shahrol juga sudah tidak sabar untuk bertemu dan melihat gelagat peminat mereka di bahagian utara Semenanjung Malaysia pula.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Selain teruja dengan keseronokan sepanjang Jelajah Suria, Team Pagi Suria juga ingin belanja peminat mereka melalui kempen Team Pagi Suria Belanja Makan di Kuantan pada 6 Oktober 2018 nanti.

100 pendengar Suria pertama yang muat turun dan tunjukkan aplikasi Suria Malaysia di telefon mereka akan dapat makan percuma bersama Team Pagi Suria!

Jadi orang Pahang, jangan lepaskan peluang ini! Team Pagi Suria akan menjelajah ke negeri anda untuk belanja makan tau! Kalau nak tahu dekat mana dan apa Team Pagi Suria nak belanja, kenalah rajin dengarkan Suria.

Minggu depan juga akan bermulanya peraduan Lagu Berduit Bonanza iaitu dari 24 September hingga 12 Oktober di mana Suria bakal menawarkan sebahagian daripada wang tunai sebanyak RM25,000 untuk dimenangi.

Wang tunai sebanyak RM300 sehari boleh dimenangi dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi! Bagaimana caranya? Dengarkan isyarat memanggil iaitu klip audio syiling jatuh ketika segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyi berdasarkan keratan lagu yang dimainkan selama 15 saat oleh penyampai Suria.

Kemudian, jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 selepas isyarat memanggil keudara dan jika jawapan yang diberikan adalah betul, RM300 akan menjadi milik anda! Sekiranya jawapan anda salah, wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

Layari laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @SuriaFMMalaysia untuk maklumat lanjut.