fbpx

Jejai Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha, Aidil Aziz

Berita pertunangan Fasha Sandha bukan saja menggembirakan peminat, malah bekas suami, Jejai juga turut mendedikasikan ucapan buat Fasha. Selain ucapan tahniah, Jejai juga mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

BACA: “Terima Aidil Kerana Pandai Ambil Hati Anak Anak”

Menerusi Instagram, Jejai memuat naik beberapa gambar di sekitar majlis pertunangan Fasha, berserta dengan ucapan dan doa buat pasangan ini. Ramai memuji sikap rendah diri Jejai yang dilihat move on dengan kisah silam.

Kalau dilihat hubungan Fasha dan Jejai juga kini semakin baik. Selain itu ada juga mendoakan Jejai turut akan mendapat jodoh dengan segera selepas kedua bekas isterinya, Fasha dan Nora Danish sudah bernikah lain.

Dalam ucapan itu, Jejai juga sempat bergurau dan memberi bayangan kepada Fasha dan Aidil Aziz supaya tidak memanjangkan tali pertunangan menunggu terlalu lama untuk melangsungkan majlis pernikahan.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. (rtky/w)