fbpx

“Terima Aidil Kerana Pandai Ambil Hati Anak Anak”

Selamat mengikat tali pertunangan bersama Aidil Aziz semalam, Fasha Sandha mengakui pada mulanya bimbang untuk menerima lamaran Aidil namun melihatkan layanan beliau pada anak-anak membuat hatinya terbuka.

BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Fasha Sandha, Aidil Aziz

“Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima lamaran Aidil pada mulanya. Namun, saya lihat kualiti yang ada dalam diri Aidil. Dia cukup akrab dengan kedua-dua anak saya dari awal saya perkenalkan mereka lagi”

“Saya tertarik kerana Aidil mengambil inisiatif mendekati anak-anak dengan meluangkan masa dan bijak mengambil hati mereka. Malah, Aidil juga pandai menghormati ibu bapa dan keluarga saya”

“Saya berharap dapat mengenali Aidil dengan lebih selepas pertunangan ini. Alhamdulillah, saya bersyukur Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik. Saya harap pertunangan ini kekal hingga ke perkahwinan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Majlis pertunangan yang dilangsungkan secara sederhana dan tertutup itu menyaksikan pihak Aidil menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha. (rtky/w)