Jejai Doa Kebahagiaan Rumah Tangga Nora Danish & Nedim Nazri
Semalam telah menyaksikan berlangsungnya majlis pernikahan diantara Nedim Nazri dan Nora Danish yang cukup meriah dan privasi. Dalam pada itu, turut tidak ketinggalan bekas suami Nora, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai hadir ke majlis tersebut. Menerusi Instagram pula, Jejai telah memberikan ucapan buat bekas isterinya itu.
BACA: Nora Danish, Nedim Akhirnya Bergelar Suami Isteri

“Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah. Kepada Nora, semoga anda menikmati setiap detik pada hari bahagia anda ini. Sejujurnya saya gembira anda berdua akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
“Tahniah! Semoga bahtera perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan segala rahmat dan kegembiraan. Saya pasti Rayqal (anak hasil perkongsian hidup Nora dengan Jejai) dan Dre (anak Nedim daripada perkahwinan pertama) turut berkongsi kegembiraan bersama kalian berdua,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.
Manakala jika dilihat ruangan komen di Instagram, ramai yang memuji tindakan Jejai yang sangat ‘gentlemen’ kerana masih hadir dan memberikan sokongan buat bekas isterinya, Nora. Untuk pengetahuan, Nora dan Jejai pernah berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian dan dikurniakan seorang anak lelaki. (rtky/w)
Tahniah Nora & nedim..moga sampai jannah…
tahniah nora
Aamiin
begitu yaa
Orang kata doa orang yang teraniaya ni cepat makbul.. betul ke?
tak nampak pun bapak nedim…mak tiri x bagi datang ke
Eh ko tak tau ke ayah nedim kat india skrg Ada delegasi ngan prime minister ?
senyuman anak nedim paling win !
tahniah.. hari nikah pun dh terdedah sana sini
Lps Jejai gi wedding Fasha Sandha, harap Jejai pulak bertemu jodoh. Semua harus mencontohi Abby Abadi yg berbaik dgn ex masing2…. Tahniah
Apa yg lepas biar lah begitu. Semua nya sudah tersurat. Yg tinggal hanya harta dunia ia itu zuriat yg di lahirkan sewaktu perkahwinan dulu. Dengan kehadiran bekas suami dan anak hasil perkongsian bersama dulu adalah satu usaha yg baik dlm mengembalikan suasana ceria ke dlm kehidupan nora dgn perkahwinan nya yg baru ini. Sekurang2nya hati masing2 sudah terubat dari kenangan pahit yg silam. Yg penting kini adalah masa depan anak2 dgn kehidupan yg baru.
I respect u jejai…doa lepas nie doa jejai bertemu dgn gadis yg be iman dan menghormati ibu Bapa jejai..
silverguy68.
-wedding noralah bukan fasha. Apa dah. Fasha xdtg sma? Segan kot.
Salma.
-wife2 sblum ni xhormat ibu bapa jejai ke smpai diaorg bcerai? Rsanya nora smpai skang baik hbungan ngan mak jejai