Kebelakangan ini, Fasha Sandha dilihat sering memuat naik gambarnya mengenakan tudung di Instagram. Rata-rata netizen senang dengan penampilannya itu dan mengharapkan Fasha akan kekal berhijab.

BACA: “Bertudung Bukan Ikut Trend, Saya Pasti Akan Berhijab”


“Saya tidak nafikan ramai peminat yang suka dan mengharapkan saya bertudung, malah bersyukur peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya. Cuma buat masa sekarang saya sedang belajar (memakai tudung). Saya akui masih tidak sempurna, tetapi masih dalam proses sedang belajar.

“Perkara ini tak boleh berjanji sangat sebab nanti orang akan salah erti. Saya akui iman manusia kadang-kadang rapuh. Doakan yang baik-baik dan dipermudahkan segalanya,” katanya kepada Rotikaya.

Fasha berkata suaminya, Aidil tidak pernah mendesaknya untuk memakai tudung, sebaliknya memberi sepenuh kebebasan kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Aidil tak pernah suruh atau meminta untuk saya pakai tudung. Dia tidak kisah dan beri ruang kepada saya malah dia tidak pernah sesekali mendesak saya.

“Saya sedang belajar perlahan-lahan dan saya sangat hargai semua doa peminat sebab benda ini adalah satu kebaikan buat saya. Saya tahu peminat mahukan yang terbaik buat saya,” ujarnya. (rtky/h)