fbpx

Jay-Z Cipta Lagu Khas Untuk Ivy Blue Carter, Bangga Dengan Anak Pertama

Kelahiran bayi pertama pasangan Jay-Z dan Beyonce masih menjadi topik perbualan hangat di’dunia hiburan Hollywood sana.

Dan, seperti mereka, kami juga sebenarnya keliru dengan nama sebenar anak pertama pasangan ini — sama ada Ivy Blue Carter atau Blue Ivy Carter.

Yang penting, kedua dua nama itu cukup cantik untuk di’sebut dan di’dengar di’telinga kami.

Hari ini, Jay-Z lancarkan sebuah lagu khas buat Ivy Blue Carter yang berjudul Glory dan lebih menarik, lagu yang seperti di’edarkan percuma ini turut memuatkan suara pertama bayi mereka untuk pendengaran umum. Masih, sehingga hari ini tiada gambar Ivy Blue Carter yang kelihatan di’mana mana publikasi Hollywood.

Anda boleh dengarkan lagu penuh berjudul Glory selepas ini. Kami dapat rasakan yang Jay-Z dan Beyonce memang berbangga dengan kelahiran Ivy Blue Carter dalam hidup mereka. Heh.