Jawapan Soal Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal
Ini bukan kali pertama, Fynn Jamal ditegur oleh pendakwah berikutan soal jawab berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Baru-baru ini, Fynn Jamal ada memberi respon mengenai solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil.
Nampaknya, perkongsian penyanyi itu sekali lagi mendapat perhatian pendakwah Musytaq Al-Ash’ari yang menegur Fynn Jamal serta memintanya supaya berhenti kelirukan orang ramai.
BACA: Jawapan Berkaitan Agama Meragukan, Pendakwah Tegur Fynn Jamal
Menurut pendakwah itu lagi, beliau juga tidak memahami mengapa masih ramai lagi mereka diluar sana bertanyakan soal agama kepada artis. Beliau turut meminta Fynn Jamal berhenti menjawab soalan berkaitan agama kerana itu bukan bidangnya.
Dalam pada itu, Musytaq Al-Ash’ari turut berkongsikan fatwa mengenai solat Tasbih daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Terdahulu, Fynn Jamal pernah mencetuskan kontroversi dan ditegur beberapa ahli agama gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.
Rasanya lebih baik jika bertanyakan soal agama kepada ahli agama atau mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut daripada bertanya kepada artis atau instafamous.
- SUMBER
- BeautifulNara
tanya ustaz le bingai…followers sekelian.
Siapa fynn jamal ni. Dia menyanyi ke pelakon. Aku sorang je ke x kenal lagu atau drama dia. Tapi buat apa followers tanye dia psl hukum hakam. Pelik
pakai jadi ninja pun tak de dalil tapi asyik berninja terkinja -jinja
ye betul kata pendakwah ni..kalau bole tanya pakar dlm bidang agama, pakar ni kira cikgu yg 20 ke 30 tahun blajar agama. bukan yg baru belajar bulan lepas.
pendakwah ni pon, nasihat org jgn menjatuhkan air muka dia. mcm kasar sikit bahasa kamu. gi jumpa depa tanya apa masalah depa, ckp baik2 dgn dia suroh berhenti jawab soalan netizen kalau kurang pasti dll…takut kita malukan dia, gertak dia suro berhenti, dia lagi mengganas membuat perkara yg lebih tak baik.
Ni bkn 1st time fynn jamal kena tegur, dah many times tapi dia buat juga. Klu nak tunjuk pandai, tulis disclaimer sekali.
Korg ley caye Fyn Jamal tu? Ish..Tak bermakna dia da berpakaian mcm tu dia pandai bab2 agama. Tanya la pada yang pakar. Hidup kita pun tak tersesat
Kokpin ni byk buat fake acc. So yg tanya soalan2 tu pun ntah2 diri dia sendiri guna fake acc. Pastu, dia jawab je la acah pandai. Hmm diri sendiri tanya, diri sendiri jawab pun boleh gitu.
Mana tau dia punye fake acc sis?
Kokpin ni ada byk fake acc kt ig. Ntah2 dia sendiri guna fake acc tanya soalan2, then diri sendiri yg jawab soalan tu. Org yg dh lama follow kokpin ni tau dia mcm mana. Xbleh ditegur, dia je betul. Xtau la mcm mana ustaz tu nk tegur kokpin ni.
Jawi sila serbu please.. kok pin ke .. kuat spin?!!!!!
kau tgk la ..jap lagi dia up ig dia..dgn ayat panjang lebar…
Sebaiknya soal agama bertanya kepada yang arif & benar faham soal agama (ustaz, ulama), boleh berjumpa di majlis agama atau masjid. Pertanyaan di media sosial mungkin tidak sesuai kerana terbuka kepada komen atau jawapan yang tidak tepat.
Bukan semua perkara sesuai & boleh ditanya serta dapat jawapan di media sosial.